Pesanan Buat Pemimpin

Nabi SAW bersabda, maksudnya : "Tiap-tiap hamba ALLAH yang diserahi memimpin rakyat, sedangkan ia curang kepada rakyatnya, maka ALLAH akan mengharamkan syurga baginya". (Sahih Muslim)

Tangisan Itu Indah

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya : "Tidak ada sesuatu yang paling disukai ALLAH selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan ALLAH dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan ALLAH. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan ALLAH dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh ALLAH."(at-Tirmidzi)

Mutiara Kata Al-Iman Ali a.s.

Hai anak Adam, ingat dan waspadalah bila kau lihat Tuhanmu terus-menerus melimpahkan nikmat atas dirimu, sementara kau terus-menerus mengerjakan maksiat terhadapnya. Lidah orang yang berakal berada di belakang hatinya, dan hati orang yang bodoh berada di belakang lidahnya.

Amaran Pada Pemimpin

Nabi SAW bersabda, maksudnya : "Tiap-tiap kepala pemerintahan (penguasa) yang diserahi memimpin kaum muslimin, tetapi tidak bekerja bersungguh-sungguh dan tidak memberikan petunjuk-petunjuk, maka tidaklah pemimpin itu akan masuk syurga seperti kaumnya." (Sahih Muslim)

Pakaian Itu Untukmu

"Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Pakailah pakaian antara pakaianmu yang putih, kerana sesungguhnya pakaian yang putih itu lebih suci dan lebih baik serta kapanilah orang-orang yang mati dengan kain putih." (Riwayat Ahmad)

Wednesday, June 1, 2011

MATR Ke Utusan Malaysia ?


Assalamulaikum WRBT...

          
          Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua Barisan Jawatankuasa Pelaksana Malam Anugerah Tun Razak (MATR) 2010 di atas kejayaan menganjurkan program yang berprestij seperti ini. Moga usaha kalian tidak mati di sini sahaja. Teruskan perjuangan dan kembangkan lagi bakat kepimpinan yang ada di dalam diri anda semua. 

          Berikut adalah laporan yang terdapat di dalam Akhbar Utusan Malaysia :


SEBAHAGIAN daripada kakitangan dan pelajar UTM yang terlibat dalam program Malam Anugerah Tun Razak 2010 (MATR'10), baru-baru ini. Di tengah-tengah adalah Datuk Dr. Shahruddin Md.Salleh dengan isteri

DALAM menghasilkan graduan berkualiti tinggi, universiti perlu memainkan peranan penting dalam membangunkan aspek jati diri dan kemahiran generik dalam kalangan mahasiswa.


Justeru sebagai menggalakkan mahasiswa aktif dalam berpesatuan majlis penghargaan adalah satu medium yang dapat memberi penghormatan kepada mereka yang terlibat dalam mengharumkan nama universit.


Atas inisiatif itu, baru-baru ini Kolej Tun Razak dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Dan Alumni, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Malam Anugerah Tun Razak 2010 (MATR'10) yang bertemakan "Kenangan Mengusik Jiwa sebagai medium untuk meraikan jasa dan pengorbanan warga Kolej Tun Razak.


Majlis itu telah berlangsung di Hotel New York, Johor Bahru dengan agenda utama memperkenalkan barisan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tun Razak sesi 2011 yang baru dilantik dan penyampaian anugerah. Sebanyak 23 anugerah telah disampaikan pada majlis ini.


Majlis itu telah dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Md.Salleh. Hadir sama, Pengarah Alumni UTM, Dr.Othman Ibrahim dan Pengetua Kolej Tun Razak, Dr.Ahmad Johari Sihes. Majlis itu juga diserikan dengan pelbagai persembahan menarik dan menghiburkan.

          Begitulah laporan yang telah disediakan di akhbar tersebut. Tahniah sekali diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga pengajuran MATR akan datang lebih mantap dan berkualiti selaras dengan kehendak universiti yang mementingkan inovasi serta kreativiti mahasiswa sekarang. 
sekian daripada
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa

Thursday, April 7, 2011

Pertandingan Tilawah Al-Quran

Hubungi Majdi  untuk pertanyaan : 0137336707

Bicara Tokoh



BICARA TOKOH bersama PROF DATO' DR SIDEK BIN BABA
"mEngimbangi Idealism dan realiti
(SABTU) 9 APRIL 2011:9malam
Dewan Solat Utama,Masjid Sultan Ismail
Prof Dr Sidek Baba menjadi Lembaga Pengarah IKIM, Lembaga Pengarah Darul Quran Malaysia, Lembaga Pengarah IKMAS, JAKIM,Lembaga Penasihat Pendidikan Institut Integriti Malaysia, Lembaga Muafakat MARA dan Lembaga Akademi Ketamadunan.Berpengalaman sebagai guru selama 18 tahun dan pensyarah di Institut Aminuddin Baki selama 5 tahun. Dilantik sebagai Timbalan Dekan Akademik
Pusat Matrikulasi UIA dan Dekan Pusat Matrikulasi dari 1992-1994. Dari tahun 1994-2002, menjadi Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Kini, berkhidmat sebagai Profesor Pendidikan di UIAM dan menetap di Padang
Balang, Sentul, Kuala Lumpur.

Tuesday, March 29, 2011

Kuliah Talaqqi Bersama Dr Zulkifli Bin Mohammad Al-Bakri



KULIAH TALAQQI bersama
DR. ZULKIFLI BIN MOHAMMAD AL-BAKRI

3 April 2011 (Ahad)
Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Ismail, UTM
Bermula 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang
Kitab SYARAH AL-HIKAM

dapatkan kitab daripada
Syahir Ghani (0135904396)

Klinik Tahsin Al-Quran



KLINIK TAHSIN AL-QURAN
 
Sepanjang 2011
9.00 pagi - 11.00 pagi
Setiap Hari Selasa, Rabu & Khamis
Di Dewan Solat Utama Masjid Sultan Ismail

Mutiara Srikandi



MUTIARA SRIKANDI
 "Inspirasi Wanita Bidadari Syurga"

Setiap Jumaat
12.30 Tengah Hari
Dewan Al-Ghazali, Pusat Islam

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites