Wednesday, June 1, 2011

MATR Ke Utusan Malaysia ?


Assalamulaikum WRBT...

          
          Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua Barisan Jawatankuasa Pelaksana Malam Anugerah Tun Razak (MATR) 2010 di atas kejayaan menganjurkan program yang berprestij seperti ini. Moga usaha kalian tidak mati di sini sahaja. Teruskan perjuangan dan kembangkan lagi bakat kepimpinan yang ada di dalam diri anda semua. 

          Berikut adalah laporan yang terdapat di dalam Akhbar Utusan Malaysia :


SEBAHAGIAN daripada kakitangan dan pelajar UTM yang terlibat dalam program Malam Anugerah Tun Razak 2010 (MATR'10), baru-baru ini. Di tengah-tengah adalah Datuk Dr. Shahruddin Md.Salleh dengan isteri

DALAM menghasilkan graduan berkualiti tinggi, universiti perlu memainkan peranan penting dalam membangunkan aspek jati diri dan kemahiran generik dalam kalangan mahasiswa.


Justeru sebagai menggalakkan mahasiswa aktif dalam berpesatuan majlis penghargaan adalah satu medium yang dapat memberi penghormatan kepada mereka yang terlibat dalam mengharumkan nama universit.


Atas inisiatif itu, baru-baru ini Kolej Tun Razak dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Dan Alumni, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Malam Anugerah Tun Razak 2010 (MATR'10) yang bertemakan "Kenangan Mengusik Jiwa sebagai medium untuk meraikan jasa dan pengorbanan warga Kolej Tun Razak.


Majlis itu telah berlangsung di Hotel New York, Johor Bahru dengan agenda utama memperkenalkan barisan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tun Razak sesi 2011 yang baru dilantik dan penyampaian anugerah. Sebanyak 23 anugerah telah disampaikan pada majlis ini.


Majlis itu telah dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Md.Salleh. Hadir sama, Pengarah Alumni UTM, Dr.Othman Ibrahim dan Pengetua Kolej Tun Razak, Dr.Ahmad Johari Sihes. Majlis itu juga diserikan dengan pelbagai persembahan menarik dan menghiburkan.

          Begitulah laporan yang telah disediakan di akhbar tersebut. Tahniah sekali diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga pengajuran MATR akan datang lebih mantap dan berkualiti selaras dengan kehendak universiti yang mementingkan inovasi serta kreativiti mahasiswa sekarang. 
sekian daripada
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa

1 comments:

tajuk yg penuh dgn konspirasi...hehe

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites