Pesanan Buat Pemimpin

Nabi SAW bersabda, maksudnya : "Tiap-tiap hamba ALLAH yang diserahi memimpin rakyat, sedangkan ia curang kepada rakyatnya, maka ALLAH akan mengharamkan syurga baginya". (Sahih Muslim)

Tangisan Itu Indah

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya : "Tidak ada sesuatu yang paling disukai ALLAH selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan ALLAH dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan ALLAH. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan ALLAH dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh ALLAH."(at-Tirmidzi)

Mutiara Kata Al-Iman Ali a.s.

Hai anak Adam, ingat dan waspadalah bila kau lihat Tuhanmu terus-menerus melimpahkan nikmat atas dirimu, sementara kau terus-menerus mengerjakan maksiat terhadapnya. Lidah orang yang berakal berada di belakang hatinya, dan hati orang yang bodoh berada di belakang lidahnya.

Amaran Pada Pemimpin

Nabi SAW bersabda, maksudnya : "Tiap-tiap kepala pemerintahan (penguasa) yang diserahi memimpin kaum muslimin, tetapi tidak bekerja bersungguh-sungguh dan tidak memberikan petunjuk-petunjuk, maka tidaklah pemimpin itu akan masuk syurga seperti kaumnya." (Sahih Muslim)

Pakaian Itu Untukmu

"Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Pakailah pakaian antara pakaianmu yang putih, kerana sesungguhnya pakaian yang putih itu lebih suci dan lebih baik serta kapanilah orang-orang yang mati dengan kain putih." (Riwayat Ahmad)

Wednesday, March 9, 2011

Mahasiswa UTM Garap Perasaan Cinta Pada Rasulullah SAW

Pada 19 Februari 2011 yang lepas, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Tun Razak dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal dan Alumni Universiti Teknologi Malaysia dan Kelab-kelab Kolej Tun Razak telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kolej Tun Razak, Universiti Teknologi Malaysia dengan tema “Mangintai Cinta Rasulullah”.

Pelbagai bentuk pertandingan termasuklah karya kreatif, pertandingan azan dan lain-lain telah dijalankan. Sebagai kemuncak kepada sambutan ini, satu ceramah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Ubaidillah Alias (seorang novelis dan penulis buku agama terkenal) dengan tajuk “Menintai Cinta Rasulullah” sebagai meraikan tema yang dipilih telah diadakan bermula jam 9.00 malam pada hari tersebut di Dataran Gemilang, Kolej Tun Razak.


 Menurut pengarah program tersebut, saudari Siti Nur Nazirah Binti Mazlan berkata “Alhmadulillah, program ini telah mencapai sasaran dan objektif yang telah ditetapkan dengan jumlah peserta yang hadir pada malam tersebut adalah lebih kurang 300 ke 500 orang. Antara objektif yang cuba diselitkan adalah menanam perasaan cinta kepada Rasulullah di samping mengenali sunnah Baginda dengan lebih dekat. Kehadiran Ustaz Ubaidillah yang merupakan seorang novelis cukup memukau peserta yang hadir pada malam tersebut dengan gaya penyampaian yang cukup mantap dan menghiburkan.”

Katanya lagi, “Diharapkan program-program seperti ini hendaklah sentiasa diadakan baik semasa ketibaan Maulidur Rasul ataupun dimasa-masa akan dating kerana perasaan cinta, kasih dan saying kepada baginda ini bukanlah sesuatu yang bersifat bermusim bagaikan empat musim dunia iaitu sejuk, panas, bunga dan luruh. Seharusnya perasaan sebegini hendaklah sentiasa diterapkan supaya ianya terus subur dalam jiwa mahasiswa khususnya yang akan menyambung perjuangan pemimpin di masa depan.”

Dr Ahmad Johari Bin Sihes, Pengetua Kolej Tun Razak yang juga merupakan penasihat kepada program ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua semua mahasiswa yang terlibat dalam pengajuran program sebegini. Katanya “Program sebegini tidak akan dapat dijalankan dengan sempurna tanpa komitmen yang digalaskan oleh jawatankuasa pelaksana dan saya amat berbangga kerana program ini telah mencapai sasaran dan objektif yang telah ditetapkan.”

Program yang dijalankan dalam bentuk terbuka ini cukup memberi kepuasan kepada peserta yang hadir memandangkan ianya diadakan dalam keadaan damai malam disebalik angin sesepoi bahasa. Ketenangan yang dirasai memberikan suasana yang lebih kondusif kepada peserta dan hadirin yang hadir pada malam tersebut. Moga program-program sebegini akan terus subur di kalangan mahasiswa di negara ini.
Komen peserta:
1.      Muhammad Syahir Bin Ghani
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Tun Razak
Timbalan Pengarah Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kolej Tun Razak

“Alhamdulillah, program ini benar-benar memberi kesan kepada kami sebagai ummat baginda. Kehadiran Ustaz Ubaidullah pada malam tersebut cukup bermakna pada kami. Gaya penyampaian yang mantap dengan gaya bahasa yang pelbagai cukup meninggalkan kesan kepada kami. Moga Ustaz dapat hadir lagi di masa akan datang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pengajur program ini.”

2.      Wan Mohd Majdi Bin Wan Hassan
Sarjana Muda Sains Sumber Manusia
Ketua Exco kerohanian dan Tatasusila Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) KTR

“Kelahiran baginda merupakan anugerah kepada seluruh alam. Jadi, hendaklah kita selaku ummatnya menanam perasaan kasih dan saying kepada baginda di samping mengamalkan sunnah yang telah ditinggalkan oleh baginda. Moga ia menjadi syafaat kepada kita kelak.”

3.      Siti Aisha Binti Hamzah
Sarjana Muda Sains Fizik Industri
Setiausaha Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kolej Tun Razak

“Syabas kepada semua Jawatankuasa Pelaksana di atas pengajuran program ini. Harap ianya dapat diteruskan dimasa-masa kana datang.”

4.      Muhammad Hafriz Bin Naina
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Automotif

“Syukur dan terima kasih kepada Pengajur Program ini. Ia cukup bermakna bagi saya dalam usaha untuk mengenali Baginda dengan lebih dekat.”

Itulah antara sedikit sebanyak hal yang berlaku pada hari kejadian. Tapi malangnya, gambar tidak ada kerana terlupa untuk menubuhkan unit fotografi... Agak menyedihkan, namun tidak mengapa. Ilmu yang ditimba jauh lebih bermakna. Justeru, pihak Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Tun Razak mewakili Kolej Tun Razak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak. Jasa anda InsyaALLAH akan dibalas ALLAh di akhirat kelak. Syukran wa jazakallah...

Di bawah ini disertakan puisi yang telah ditulis oleh pemenang pertandingan karya kreatif yang dianjurkan...

Siti Hajar Binti Mohamad Samsudin (0137025987)
871024055078
Johan
Pertandingan Karya Kreatif
Sempena
Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat Kolej Tun Razak
Universiti Teknologi Malaysia


CINTA SUCI

Assalamualaikum Ya Rasulullah,
Salam dari kami ummatmu,
Dikau yang kami cintai,
Dikau yang kami kasihi,
Menebal rindu ini di dalam hati,
Sambutlah salam kami Ya Pesuruh Ilahi.

Ya Rasulullah,
Tidak pernah sekali kami menemuimu,
Lahirmu beribu tahun dahulu,
Terpisah kita dimakan waktu,
Terpisah jarak beribu batu,

Namun ya Rasulullah,
Bisa kami rasai betapa indah menjadi ummatmu,
Betapa kami syukuri menjadi pengikutmu,
Berpegang kepada ajaranmu,
Berpandu kepada sunnahmu,
Dalam kami menyusuri hidup berliku.
Ya Rasulullah, insan yang kami cintai,
Riwayat hidupmu kami singkapi,
Liku perjalananmu kami terokai,
Perit jerihmu kami hayati,
Suri pekertimu kami contohi,
Agar terdidik jiwa kami,
Agar santun perilaku kami.

Ya Rasulullah... Rasul junjungan kami...
Betapa namamu meresap ke dalam hati,
Saat ajalmu tiba,
Menitis di bibirmu ummati...ummati...ummati...
Bukti dalamnya kasihmu kepada kami,
Bukti dalamnya sayangmu kepada kami,
Dikaulah insan yang termulia,
Pesan darimu takkan pernah kami lupa,
Kami sematkan ia selama-lamanya...
Kepadamu Ya Rasulullah,
Insan yang kami sanjung,
Jika boleh kami meminta,
Bantulah kami di akhirat nanti,
Tidak mahu kami menjadi ummat yang rugi,
Masukkanlah kami dalam kumpulan ummatmu,
Mendapat syafa'atmu takkala kami dihitung,
Agar tergolong kami di kalangan mereka yang beruntung.
Ya Rasulullah... Dikaulah, Cinta Suci Sepanjang Zaman.


Rais Adi Bin Razali(01480226110)
910914115051
Naib Johan
Pertandingan Karya Kreatif
Sempena
Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat Kolej Tun Razak
Universiti Teknologi Malaysia


DALAM PERJALANAN

Ya Rasulullah,
Dalam Perlananmu,
63 Tahun Kehidupan,
Rintangan dan Halangan,
Duri-duri Kebencian,
Onak belukar ketegangan,
Bara api kemarahan,
Tidak pernah cukup,
Tidak pernah mampu,
Untuk menjadi dugaan,
Kecintaanmu kepadaNya,
Kepada Yang Maha Mencintai,
Kerana engkaulah Rasulullah...

Ya Rasulullah,
Engkau sentiasa di hadapan,
Dalam penyebaran,
Juga dalam amalan,
Barisan peperangan,
Laungan kepimpinan,
Saf-saf pengabdian,
Islam sentiasa disandang,
Bebanan di bahu,
Hilanglah bebanan itu,
Kerana ini perjuangan,
Kecintaanmu kepada Islam,
Kerana engkaulah Rasulullah...
 

Ya Rasulullah,
Engkau sandar di bahu A'isyah,
Kau tidur di riba Zainab,
Dan kau kucup dahi Khadijah,
Kau belai Zahid bin Haritsah,
Hassan dikendonganmu,
Hussin di atas bahumu,
Kau kejutkan Ali,
Qiam, qiam ya Ali,
Ingatlah Penciptamu ALLAH,
Kashnya engkau ya Rasulullah,
Kecintaanmu kepada keluarga,
Kerna engkaulah Rasulullah...

Ummati...ummati...ummati...
Desiran di telinga Saidina Ali,
Menjadi kalimah terakhir,
Sebelum tangisan pilu,
Isteri dan keluarga,
Sahabat dan malaikat,
Biarpun hari ini,
Valentine lebih dikenang,
Muhammad sekadar nama,
Namun cintamu Muhammad,
Tidak ada luputnya,
Tiada kecacatannya,
Kerana engkaulah Rasulullah...

daripada
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa
Kolej Tun Razak

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites